weLcOme to arein's page..hope you will enjoy your reading!!

Thursday, April 16, 2009

kenali gaya tidurmu...

Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala.

individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup mu dan kamu menjaga keluarga kamu sebaik mungkin! Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin disebabkan diri mu yang agak memilih.

Selubung seluruh badan dengan selimut.

sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri kamu itu,kamu adalah individu yang pemalu dan lemah.Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah,kamu lebih gemar memendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain.Tidak hairanlah mengapa kamu sering meracau sewaktu dalam tidurmu.

Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepada dan kaki bersilang.

terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri.Kamu lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada dalam diri kamu memang dipuji.

Tidur meringkuk.

berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri kamu.Kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan mu.Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu.

Tidur mengiring dan meringkuk

Pentingkan diri sendiri,cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti mu.Individu yang berada di sekeliling mu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri mu kerana kamu dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.

Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan

individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. 'Si gemuruh' itu adalah nama kedua untuk diri mu.Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting.Hakikatnya,kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya kamu harus belajar uuntuk lebih bertenang.

Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala

Berbeza dari individu yang tidur dengan gaya tidur mengiring dan meringkuk tadi.Kamu adalah individu yang berani,bersopan santun,lebih jujur dan penyayang.Walau bagaimanapun,tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru,kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu itu. Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik mu yang abadi.

Tidur meringkuk di satu arah.

Gaya tidur sebegini melambangkan kamu adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Kamu akan melihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu lakukan.Kamu akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala,dikatakan memiliki masa depan yang cerah.

Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa

Gaya tidur sebegini memperlihatkan identiti diri mu yang sebenar.Kamu cintakan kebebasan,keselesaan dan kecantikan.Selain itu kamu juga adalah tergolong dalam kategori pemboros namun kamu beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya.Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu, jadi, siapa pula yang kamu maksudkan dalam cerita rekaan mu baru-baru ini?

Tidur meniarap.

Sekiranya kamu tidur dengan gaya meniarap sepanjang malam,kamu adalah individu yang berfikiran agak sempit.Fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur!

Itu hanyalah anggapan!!

Saturday, April 4, 2009

aku!!

AKU,

AKU…TETAP AKU…

WALAU DIMENSI DAN SUASANA BERUBAH…

SEBAHAGIAN DIRIKU MASIH DI SINI

SEDANGAKAN SEBAHAGIAN YANG LAIN MASIH DI SANA...

TETAP DI SANA .. TAKKAN PULANG LAGI

MASA YANG BERLARI

DAN AKU YANG SEMAKIN TUA...

NAMUN MEMORI TETAP MUDA

BAGAI SEMALAM

IA HIDUP...BUKAN CERITA...

BIARLAH IA BEGITU..

KERANA IA SEMEMANGNYA BEGITU...

AKU... DIA...

TIADA SIAPA,

MEREKA... KITA...

HANYA MANUSIA,

AKU, DIA, MEREKA, KITA...

SEDANG HIDUP... AKAN MATI

SEDANG PENAT... SEMAKIN LETIH,

Bila hilang penat,TIADA LETIH

KERANA DI SANA

MATA tidak BERCAHAYA, TIDAK TERBUKA...

KITA JANGAN BERHENTI

AKU REHAT DULU...

TAPI MASA KIAN MEMECUT LAJU

AKU KIAN DI BELAKANG

KITA SEMAKIN HILANG

AKU CARI... JUMPA...DAN HILANG SEMULA

KERANA AKU TIDAK TELUS

DALAM MENEMPUH HIDUP

AKU BANYAK TAK TAHU

WALAUPUN AKU TAHU

TAPI TAK MACAM TU...

SEBENARNYA, AKU TIPU!!

IA HILANG, AKU CARI JUMPA DAN HILANG LAGI...

TAK KEKAL DI SINI

KE SANA... BILA?BAGAIMANA?

AKU YANG DISANA... CEPATLAH PULANG

SUPAYA TAK SESAT, TANPA TEMAN

AKU YANG DISANA... CEPATLAH DATANG

AKU TAK SANGGUP BERPISAH LAGI

AKU YANG DISANA... AKU TUNGGU... CEPAT DATANG!!!