weLcOme to arein's page..hope you will enjoy your reading!!

Sunday, March 1, 2009

Karnival Jom Masuk 'U'

Pada tangal 28 Februari, ‘Karnival Jom Masuk U’ telah dilangsungkan di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang. Carnival tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Karnival tersebut bukan sahaja dihadiri oleh menteri-menteri malah turut dihadiri oleh Angkasawan Negara, Mejar Faiz.

Terdapat lebih 70 buah booth yang dibuka oleh lebih 70 buah universiti tempatan bagi memberi peluang kepada para pelajar lepasan SPM dan ibu bapa yang hadir mendapatkan maklumat mengenai universiti dan membuat pilihan universiti yang bakal dimasuki.

Selain itu, terdapat lebih 20 gerai jualan yang dibuka di luar kawasan kompleks sukan. Antara gerai yang dibuka adalah gerai makanan, buku, pakaian, peralatan computer dan banyak lagi.

Apa yang begitu menggembirakan ialah saya berpeluang bertemu dengan Mejar Faiz secara terus dan sempat bergambar bersama beliau sebagai kenangan.

No comments: