weLcOme to arein's page..hope you will enjoy your reading!!

Sunday, November 15, 2009

Haa..Jawab2

Satu pertandingan menjawab teka-teki telah diadakan antara sang monyet dan kura-kura.Al-kisahnya,mereka sebenarnya nak beradu kekuatan,tetapi tidak mahu menggunakan cara cerita zaman kanak-kanak dulu yang mana arnab berlumba lari dengan kura-kura..Mengikut mereka,zaman IT ni lebih baik mereka menggunakan kepintaran akal dalam menjawab teka-teki.Teka-teki dimulakan dengan monyet (yang agak angkuh) bertanya soalan kepada kura-kura..

Monyet : Apakah yang sama macam lembu,muka macam lembu,ekor macam lembu, tanduk macam lembu... tetapi bukan lembu..

Kura-kura : Nanti aku fikir sekejap..

Monyet : Jangan lama-lama sangat.Ini tak main talian hayat tau!(Monyet merasakan bahawa kura-kura pasti tidak boleh menjawab soalannya.)

Kura-kura : Aku rasa jawapannya ialah....GAMBAR LEMBU...Betul tak nyet??

Monyet : Betul!!

Kura-kura : Soalan tu,budak pra sekolah pun boleh jawab.

Monyet : Ye lah tu.... Soalan kau pulak macamana?? Aku tak sabar nak jawab ni..

Kura-kura : Buah apa yang sering menimbulkan pertanyaan??

Monyet : Ada berapa talian hayat?

Kura-kura : Aku bagi kau teka sampai 3 kali.

Monyet : Durian..

Kura-kura : Salah..

Monyet : Rambutan

Kura-kura : Salah jugak

Monyet : Buah tangan

Kura-kura : Pun salah

Monyet : Kalau semua salah.... apa jawapannya?

Kura-kura : Buah epal

Monyet : Kenapa buah epal??

Kura-kura : Tu.. kau dah buat pertanyaan..... Ini bermakna buah epal lah jawapannya. Ini bermakna aku menang!!!

Kura-kura meninggalkan monyet yang masih termanggu-manggu memikirkan jawapan yang diberi oleh kura-kura tadi.Wallahu A'lam..

No comments: