weLcOme to arein's page..hope you will enjoy your reading!!

Sunday, October 26, 2008

Heroes, TV Drama

Heroes ialah sebuah drama fiksyen yang diterbitkan di America oleh Tim Kring yang muncul di kaca tv Amerika pada 25 september 2006.


Heroes mengisahkan 9 orang biasa yang memiliki kelebihan yang luar biasa. Mereka bukanlah berasal dari tempat yang sama tetapi mereka mempunyai matlamat yang sama iaitu menentang kejahatan. Namun disebabkan kelebihan yang dimiliki, salah seorang daripada mereka yang bernama Sylar menjadi tamak dan ingin menguasai dunia dengan menyerap kelebihan istimewa yang ada pada orang lain. Bagi menentang kekejaman yang dilakukan oleh Sylar, 8 orang lagi terpaksa berpadu tenaga bagi menjamin keamanan dunia.

Cerita ini telah dibahagikan kepda 3 musim yang mana musim pertama mengandungi 23 episod, musim kedua 11 episod ditayangkan daripada 24 episod yang dirancang dan msim ketiga dengan 2 episod dalam masa 1 jam. Heroes musim ketiga baru sahaja disiarkan di Amerika pada 22 September 2008. Ianya masih belum disirkan di Malaysia.



Setakat ini, saya telah menonton Heroes bagi kedua-dua musim. Dan kini saya menunggu untuk menonton Heroes musim ketiga. Saya berharap episod kali ini akan lebih mendebarkan.

No comments: