weLcOme to arein's page..hope you will enjoy your reading!!

Thursday, October 30, 2008

Muridnya yang cerdik..

Kelas yang tadinya bising disebabkan tiada guru, kini menjadi senyap sunyi kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas.Wajahnya garang, seperti Jin. Kalau hendak tahu, ikutilah pelajaran cikgu ini.


Murid2 : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid2: Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna.
Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid2: Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu


semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutka perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?


Murid2: Faham, cikgu!

Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid2: (senyap)

Cikgu: Pandai!

Murid2: Bodoh!

Cikgu: Tinggi!

Murid2: Rendah!

Cikgu: Jauh!

Murid2: Dekat!

Cikgu: Keadilan!

Murid2: UMNO!

Cikgu: Salah!

Murid2: Betul!

Cikgu: Bodoh!

Murid2: Pandai!

Cikgu: Bukan!

Murid2: Ya!

Cikgu: Oh Tuhan!

Murid2: Oh Hamba!

Cikgu: Dengar ini!

Murid2: : Dengar itu!

Cikgu: Diam!

Murid2: Bising!

Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid2: Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu: Mati aku!

Murid2: Hidup kami!

Cikgu: Rotan, baru tau!

Murid2: akar, lama tak tau!

Cikgu: Malas aku ajar kamu!

Murid2: Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu: Kamu gila!

Murid2: Kami siuman!

Cikgu: Cukup! Cukup!

Murid2: Kurang! Kurang!

Cikgu: Sudah! Sudah!

Murid2: Belum! Belum!

Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid2: Sebab kami semua pandai!

Cikgu: Oh! Melawan!

Murid2: Oh! Mengalah!

Cikgu: Kurang ajar!

Murid2: Cukup ajar!

Cikgu: Habis aku!

Murid2: Kekal kami!

Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid2: K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu: Sudah, bodoh!

Murid2: Belum, pandai!

Cikgu: Berdiri!

Murid2: Duduk!

Cikgu: Saya kata UMNO salah!

Murid2: Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu: Bangang kamu ni!

Murid2: Cerdik kami tu!

Cikgu: Rosak!

Murid2: Baik!

Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid2: Dilepaskan tengah malam itu!Cikgu:

(Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)


Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid berasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walaubagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab ke semua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang lagi......Mungkin!!!

1 comment:

Norain Yusof said...

wahahahaa...
klako giler...
ak copy wat mask kt blog ak...
hehe