weLcOme to arein's page..hope you will enjoy your reading!!

Sunday, December 21, 2008

Pegawai yang bertanggungjawab..

Pada suatu hari yang indah, seorang pegawai dari bahagian pengurusan kilang yang agak terkenal telah melawat kilangnya yang terletak agak jauh dari syarikat induk. Lawatannya diadakan secara mengejut bagi meninjau pekerjanya di kilang tersebut. Ketika beliau asyik berjalan berseorangan di dalam kilang tersebut, beliau terlihat seorang lelaki muda yang berdiri sambil menyandarkan tubuhnya pada dinding.

Beliau mendekati lelaki tersebut lalu bertanya, "berapa gaji yang saudara dapat setiap bulan?" Lelaki tersebut pantas menjawab, "RM 500 Encik. Kenapa?" Tanpa menjawab, pegawai tersebut mengambil dompetnya lalu mengeluarkan wang tunai berjumlah RM 1,500 lantas diberikan kepada lelaki tersebut sambil berkata, "saya cuma mengambil pekerja yang ingin berkerja, bukannya hanya berdiri dan melihat orang lain bekerja. Ini adalah duit gaji untuk 3 bulan. Pergi dari sini dan jangan datang lagi." Lelaki muda tersebut mengambil duit yang diberikan dan beredar dari situ.

Pegawai begitu kesal dengan sikap lelaki muda tersebut dan berbisik di dalam hati sambil mengeluh, " Adakah pengurus kilang menjalankan kerjanya dengan baik? Macam mana lelaki yang sebegitu rupa boleh diambil bekerja?"

Sedang asyik mengeluh, pegawai tersebut ternampak seorang pekerjanya berada berhampirannya lalu beliau menanyakan kepada pekerja tersebut, " Siapakah lelaki muda yang saya halau keluar tadi?" Dengan slambernya pekerja tersebut menjawab, " Penghantar Pizza Encik..." lalu berlalu dari situ.

Adakah pegawai tersebut menjalankan kerjanya dengan baik sebagai pegawai pengurusan kilang tersebut??..

No comments: